Friday 26 July 2013

UNTUK KITA

Assalamualaikum.

Sudah lama aku tak berblog. Setting kt blog ni pun dah berubah. Taktau aku macamana boleh tukar lain. Aku pun nak ubah style aku jugaklah alang alang tu kan :)

Ujian. Siapa tak pernah kena uji? Even di sekolah, universiti kita pasti akan diuji. Inikan pula kita sebagai hamba yang lemah pasti akan diuji oleh Dia yang maha kuasa. Dia pasti akan uji hambaNya. Ujian itu untuk mengukur tahap keimanan seseorang hamba. Tahap kesabaran seseorang. Tahap ketakwaan seseorang. Tahap kepercayaan seseorang.


Kalau kita pass ujian itu, tak juga bermakna tahap keimanan kita meningkat. Kalau kita failed ujian tu juga, tak bermakna tahap keimanan kita tak meningkat. Pada aku, tu semua bergantung padaNya. Kita tak boleh senang senang nak ukur macam tu saja. Semua tu Dia saja yang tahu. 

Kadang kadang rezeki pun boleh jadi ujian. Tak semestinya kekurangan tu ujian. Mungkin juga nikmat. Rezeki yang banyak, tak disyukuri. Tu ujian. Dan ujian itu gagal sebab kita tak mensyukuri. Kadang kadang kekurangan tu membuatkan kita sedar akan diri sendiri. Membuatkan kita lebih bersyukur kepada Pencipta kita.


Aku ni sebenarnya nak ingatkan diri sendiri. Jangan pernah lupa untuk bersyukur. Hargai apa yang ada depan mata. Apa yang dikata, ingat. Jangan lupa diri. Teringat aku kata kata kawan adik aku. 

" Kita ni budak sekolah agama, ujian kita lain". 

Terfikir aku sejenak. Tersentap. Dia yang muda lagi dari aku dah fikir macam tu. Aku tak pernah terfikir pun. Tak pernah terlintas pun. Aku tak nafikan, dan tak berani nak nafikan. Sebab, apa yang dia kata ada betulnya. 

Dia pasti akan uji hambaNya dengan tahap yang hambaNya mampu tempuhi. Dengan apa yang hambaNya tahu. Dengan apa yang hambaNya mampu tanggung. Dia dah kata awal awal lagi sebelum kita semua dilahirkan. 1400 tahun yang lalu. 

* * * * * * * * * *

Hmm. Terasa macam serious pulak post aku ni. Tapi, memang serious pun. Berkenaan hidup mati kita. Dunya wal akhirah. Tak boleh main main. 

Aku rasa ni je setakat ni. Till we meet soon.

Barakallah.